Friday, June 28, 2013

Berpurdah itu Pilihan

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..... Perkongsian.... :)
Alhamdulillah dan tahniah kepada para Niqabis dan wanita bertudung labuh dan bertudung bawal. Teruskan istiqamah dengan imej wanita muslimah yang menutup aurat dengan sempurna.
68034_364392066982362_2071376525_n
Saya ingin kongsikan sedikit jawapan/penyelesaian daripada segelintir masyarakat muslimah yang ingin melangkah jejak untuk berpurdah.
Sebelum saya meneruskan dengan topik sebenar, mohon maaf andai tersilap. Saya cuma menjawab berdasarkan pengetahuan dan pengalaman diri sendiri. Terserah mahu ikut atau tidak, dan mohon maaf sekali lagi jika entry ini ada yang mengguris hati para niqabis lain.
First of all, sila set niat berpurdah kerana ia sunnah. Jika anda niat bahawa menutup muka adalah wajib, sila segera tinggalkan page ini.
  • SITUASI 1 - Ketika makan di tempat awam.
Selalunya, ini menjadi persoalan utama bagi para muslimah yang ingin memulakan langkah untuk berpurdah.  Saya mengambil cara termudah. Di restoran/pondok di highway, pastikan cari tempat yang paling tersembunyi di antara semua. Duduk membelakangkan pelanggan lain. Buka purdah, dan makan. Jika masih kekok, tidak mengapa buka purdah/niqab tetapi mesti mencari tempat yang tidak terlalu terbuka atau minta orang lain cover line.
  • SITUASI 2 – Di kampung, bersama sanak saudara.
Jika menetap di kampung pula, pastinya saudara mara pulang bersama. Ia tidak menjadi masalah besar. Jika ia merumitkan, (susah nak buat kerja dapur, sapu sampah etc) tidak perlulah memakainya ketika didalam rumah.. Tapi pastikan anda mengenakan tudung & pakaian lain bagi menutup seluruh aurat wajib sahaja.
  • SITUASI 3 – Tetamu bertandang di rumah.
Kalau macam di rumah saya, kebiasanya lelaki akan makan di ruang tamu, manakala perempuan di dapur. Jadi, tidak perlulah berpurdah waktu itu. Makanan untuk dihidangkan kepada kaum lelaki, bolehlah ‘kirim’ pada ayah atau adik beradik lelaki untuk dihantar ke ruang tamu. Tidak usah kita menunjuk muka. Tetapi jika terpaksa juga, pakailah purdah.
Soal Istiqamah
Istiqamah seperti yang tertera dalam buku teks Akhlak darjah 4/5 sewaktu saya bersekolah dahulu, membawa maksud berterusan melaksanakan perintah Allah SWT. Jadi, tak perlulah kita terlalu runsing memikirkan soal “aku mahu istiqamah dalam berpurdah” sehinggakan 24 jam anda berpurdah. Ingat tidak, kita berpegang pada hukum sunat memakainya? Jadi, ambil yang mudah. Tidak perlu terlalu rumit. Apa yang penting, istiqamah dalam menjaga adab dan aurat kita insyaAllah sudah memadai. Dalam agama pun tidak boleh terlalu berkira-kira bukan? InsyaAllah, ada ganjarannya kelak. Hati pastikan ikhlas lillahi taala.
Dalam pada kita berpurdah, ingatlah bahawa dalam masa sama, kita juga punya seribu satu tujuan lain dan perkara wajib lainnya yang perlu kita titik beratkan. Contohnya, soal adab, akhlak dan solat kita. InsyaAllah, moga perubahan pemakaian ini membawa seribu perubahan lain.
Soal istiqamah ini saya ada tanyakan juga pada Kak Fatin (Jihad Umayrah) , pandangan beliau :
Dan bagi akak, istiqamahnya someone itu bukannya selama mana atau sejauh mana dia menutup mukanya dari dilihat orang, tapi paling penting sejauh mana dia beramal dengan nilai niqab yg dipakainya itu sebagai alat tarbiyah dan berpegang teguh di atas hikmah kenapa memakainya. Kerana niqab itu adalah salah satu methode tarbiyah, bukan sebagai penyembunyi muka semata. Makanya bila seorang muslimah sudah bulat keputusannya untuk mnjadi seorang niqabis, selepas tajdid niat aspek yg paling penting juga dilihat adalah kajian mndalam tentang fiqh dan hukum sekali dgn kajian maslahatnya agar niqabis tidak tertekan dalam sesetengah keadaan dan lebih mudah menjawab persoalan-persoalan dari pihak lain yang bertanya. Yang pasti untuk untuk menjelaskan lagi tujuannya memakai niqab kerana kefahaman ilmu bagi memantapkan lagi keyakinannya atas apa yang ia amal. Wallahualam.
Kalian boleh rujuk juga pendapat & cara makan oleh ukhti Syafieka & KakChik Niza. Moga diberkati Allah.
Selain itu, kalian juga digalakkan untuk membaca entry-entry special buat kita para muslimah di blog Ustazah Fatimah Syarha. Antara artikle yang saya cadangkan adalah BERNIQOB atau TIDAK Berniqob? (artikle ini mendapat perhatian ramai dari pelbagai jenis manusia), Pendakwah Muslimah, Facebook dan Media dan Isu Wanita dan Khilafnya.
[ Segala yang baik datangnya dari Allah dan apa yang kurang datangnya dari kelemahan diri sendiri, mohon maaf andai tersalah bicara. Wallahu'alam ]

Hukum muslimat memakai niqab (purdah)

Views




*Alhamdulillah,terjawabkan??? :)

Dr Asri - Status niqab. Benarkah sunnah isteri Nabi?

Views

Thursday, June 27, 2013

Luahan untukMu

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wahai kekasihku Ya Rabb...

Pertama sekali aku ucap setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat IllahiMu kerana mengizinkan aku bernafas lagi untuk aku beribadah kepadaMu... Aku tahu Kau Maha Mengetahui.... Pasti Kau tahu apa yang aku rasai saat ini... Ya Allah,perasaan apakah ini yang ada dalam hatiku ini... Jika ini HidayahMu lagi untuk menjernihkan hatiku,aku bersyukur yang teramat sangat.... Kerana Kau sentiasa mengingatkan ku... Tapi jika ini sebaliknya,aku bermohon padaMu Ya Allah,jangan lah biarkan hati aku lepas daripada genggamanMu... Sungguh aku akan lagi sedih+sakit.... Hati aku rasa sedih+sayu secara tetiba pada malam Jumaat yang penuh berkat ini... Dengan secara tak sedar,aku mengalirkan airmata yang mengalir derasnya dipipi ku tatkala aku berdoa padaMu dan membaca ayat-ayat cintaMu...yang sementara itu zikrullah berkumandang dengan penuh khusyuk hanya untukMu di musollah kolej kediaman ku....
"Ya Allah,ampunkan lah dosa ku....maafkan lah segala khilaf ku....maafkanlah aku Ya Rabb..." :'(  Aku hanya lah seorang mujahadah yang sedang berperang melawan perasaan+diri+nafsu ku daripada godaan syaitan.... Kuatkan lah aku yang Maha Berkuasa.... Sungguh aku lemah melawan bahagian ini.... Teguhkan lah iman ku Ya Rabb... :'{
Ya Allah,maafkan lah aku....ampunilah aku.... Aku hanya ingin menjadi kekasihMu Ya Allah.... Kerana aku tahu menjadi kekasihMu sesuatu yang amat manis yang sama seperti manisnya sesuatu iman apabila ada sebenar-benarnya iman dalam hati....
Aku malu padaMu Ya Allah.... Kerana aku tahu aku hanya lah seorang muslimah yang kerdil lagi naif yang masih bertatih dalam mengenaliMu Ya Allah.... Banyak yang aku harus memperbaiki khilafku... Ada kala aku rasakan diriku amat hina lagi teruk pada pandanganMu... Kerana aku rasa aku bukan lah muslimah sebaik muslimah yang Kau telah khabarkan dalam ayat-ayat cintaMu.....Meskipun aku cuba menjadi muslimah seperti itu.... T_T
Tapi aku tahu Kau Maha Pengampun... Kau selalu beri peluang pada hamba-hambaMu untuk memperbaiki diri dan pintu Taubat sentiasa Kau buka seluas-luasnya....
"Ya Rabb,ampunkan lah aku,maafkan lah aku....... Sungguh aku takut azab yang akan menimpa terhadapku kelak.... Nauzubillah.... Allahhuakbar..."
Bantu ni lah aku dalam mencari keredhaanMu untuk bekalan akhirat kelak..... Amin,amin ya Rabbal a'lamin... :'{

Monday, June 24, 2013

Pesanan Buat Diri+Iman Ku.....

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Muslimah Nur Aqilah...
Apa khabar Iman ku?... Moga iman ku meningkat seperti mana meningkatnya umur+amalan ku......

Muslimah Nur Aqilah,
Ingat setiap pesanan daripada orang yang menyayangimu... Moga anda tabah dan kuat setiap dugaan dan ujian dari-Nya...

Pesanan dari Maklang,
Salam. Mak Lang sokong dgn perubahan pd diri adik. Alhamdulillah.. Tapi setiap tindakan kita mesti Ada istiqamah. Realitinya kita hidup bmasyarakat dan masyarakat Ada persepsi bbeza antara org yg bpurdah dgn org yg tidak. Itu sebab istiqamah itu ptg supaya tiada tanggapan yg salah oleh masyarakat dan keluarga. Keduanya, sentiasa perlu ingat apa tujuan berada di universiti itu. Betullah semuanya kuasa Allah tp barang diingat dpt bljr di uni, juga atas bantuan dan ehsan org lain/luar. Biarlah berjuang dijln Allah dan didunia ini dlm mndpt ilmu itu sama2 beroleh kejayaan. Jgn tercicir salah satunya. Bukan nak jadi ustazah tp sekadar seorg ibu saudara yg ingin melihat semua anak2 buahnya beroleh kejayaan dunia mahupun akhirat. Aminn. Ingat pesanan Pak Lang, semester ni kena terus tingkatkan prestasi akademik. Mana mungkin dgn keputusan skrg boleh buka peluang utk capai cita2 menjadi pensyarah. Perlu lebih usaha, istiqamah dan baru selebihnya berserah pada Allah.

Pesanan dari Faizzah (ex-roommate matrik),
semoga mampu menjadi muslimah yang sabar lg tabah. Yang paling penting jagalah hati dr segala perkara xmanfaat. bila kita dah terpilih atas jalan2 ni, mmg xkan pernah terlepas dripada ujian. jalan yg penuh duri. mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.  same2 lah kita saling menasihati . Insyaa Allah segala kesusahan yg kita alami skrg sbb ingin tegakkan agama Allah, kita akan dapat balasan di syurga kelak. Insyaa Allah. Meen

Pesanan dari kawan2x ku,
jaga hati, jaga iman,jaga ikhtilat!!!...sentiasa dekatkan diri pada-Nya...sentiasa sabar+tabah+kuat hadapi setiap cabaran dalam menghadapi Muslimah Solehah...banyakkan berdoa...Allah sentiasa bersama ko...

Peringatan untuk ku,
apalah guna berniqab andai diri masih terlibat dlm pergaulan bebas..
berniqablah hanya untuk mendapatkan redha Allah SWT..
berniqablah hanya untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT..
berniqablah semata-mata ingin melindungi diri dari perkara-perkara kemungkaran..
bersihkanlah niat untuk berniqab hanya untuk Allah SWT..bukan selainnya... :)

Tidak wajib wanita itu berterusan memakainya krn ambil pendapat harus. Tetapi perlu diingat wanita yg berpurdah kedudukan dia sama sahaja seperti wanita lain yg tidak berpurdah. Jgn merendahkan & mengeji wanita yg tdak memakai purdah & jgn juga merendahkan & mengeji wanita yg berpurdah krn yg paling mulia disisi Allah swt adalah org yg berTAQWA. 

Doa dari Nadhirah (kawan niqabisku),
 " ya Allah,kami hanye insan bese..hanya Kau yg mgetahui hati2 kami.sesungguhnya jln yg kami pilih ini adalah semata2 ingin mndekati dan lbih mencintaiMu krn kami sedar,diri kami trlalu lemah.jd kami brharap dgn prubahan ini mmpu mguatkn hati2 kami semata2 utk meraih cinta dan pandanganMu ya Allah.kami tidak ade sokongan selain kasih syg drMu,kami cuba utk kuat demi cintaMu..bantulah kami utk kekal dlm jln ini:') " <--fb

wallahua'lam