Monday, January 27, 2014

Something yang takkan aku lupakan

Views
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk aku menaip blog...Tetiba rasa nak taip something dekat blog....yang dapat kurangkan apa yang aku rasa nie... Hmm...macam mana nak start nie... Ini yang berlaku dekat diri aku sendiri... Hmmm... *feeling.... Actually aku tak dapat lupakan orang yang aku sayang meninggal dunia...nak lagi berlaku depan mata kepala aku sendiri....meaning time nazak dan pergi ke rahmatullah.... :'( 
Kelemahan aku....bila lihat or tengok drama or kisah orang yang tersayang meninggalkan kita,pasti aku akan teringat dekat orang yang aku sayang meninggal dunia....dan akan membuatkan aku nangis penyesalan.... T_T Sebab arwah ibu aku meninggal aku tak ada dekat dengan dia....time tuh aku darjah enam dan ada peperiksaan yang menyebabkan aku dan akak aku takde dekat hospital....apa yang aku ingat aku dan akak aku di jaga oleh acik siti kalau tak silap aku....baru nak tido pada waktu malam dengan gambar ibu di sisi,dapat satu panggilan yang mengatakan ibu dah meninggal.... :"(  Ya Allah...hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa time tuh even aku masih kecil lagi...Malam tuh aku tak tidur... Sekarang bila aku makin dewasa,aku makin memikirkannya...dan makin menyesal...salahkan diri sendiri... Hospital yang merawat ibu ku ialah Hospital Selayang... Jujur aku dah tak dapat nak jejak dekat situ lagi... Aku sedih setiap kali jejak ke sana,akan aku ingat kembali.... Kaki ku akan jadi lemah.... Hati ku sayu... AllahuRabbi.... Tapi arwah kakak saudara aku dirawat dekat sana juga dan atok saudara aku masuk dekat hospital sana juga yang aku pergi lawat dia hari tuh... :'(
Aku diberi kesempatan dapat merasai arwah akak saudara ku yang aku rapat menghembuskan nafas terakhir di sisi aku depan mata kepala aku sendiri... Aku menganggap time tuh arwah ibu aku,yang aku dapat menebuskannya kembali.... T_T  sedih yang tak terhingga time tuh...Allah.... :"( 
Sampai sekarang aku sentiasa mengingati apa yang berlaku....takkan dapat lupa...perasaan kehilangan tuh........nak lagi ibu yang melahirkan aku.... Aku tahu n sedar aku hilang doa seorang ibu untuk anaknya... T_T  Aku terlalu sayangkan ibu.... Aku rindukan ibu... Aku rindu segala2xnya tentang ibu... <3 :')
*Ibu..adik minta maaf jika adik bukan anak yang baik selama nie...maaf juga jika adik tak membanggakan ibu....Maaf ibu...... T_T tapi in shaa Allah,adik akan berusaha buat ibu bangga dengan adik juga.....ibu sentiasa di hati adik... <3

#Al-Fatihah

Sunday, January 12, 2014

15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan

Views
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....
Tetiba rasa nak share pasal 1 articale nie... Hmm...interesting untuk semua remaja... Hihihi... Korang kan semua suka kahwin awal... Alhamdulillah, jodoh sampai dulu... :) *Tahniah!... Ok2x,cukup...let's read this!.. :D



15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan | Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.
Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :
1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?
2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?
3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)
Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)
4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)
5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.
6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!
7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!
8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T
9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.
10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.
11. Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
12. Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
13. Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan icon razz 15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan
14. Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
15. Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
Wallahua’alam


Sumber :
 15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan | GilerKentang 

Friday, January 10, 2014

Kembali Berblog

Views
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi nafas baru untuk hidup dalam 2014... Moga tahun nie lagi better sebelum tahun nie...
Maaf setelah sekian lama menyepikan diri daripada menaip blog.... Macam2x berlaku yang tidak ada kesempatan untuk aku menaip dan sharing dekat blog... Alhamdulillah,aku dapat hadapi setiap kasih dan sayang-Nya dengan tabah dan kuat...even sometime aku rebah... Kasih dan sayang-Nya telah membuatkan aku bertambah matang dengan erti kehidupan... Moga Allah sentiasa melindungi dan jaga aku.. Ameen.. :') Betul lah kata orang... Bukan MUDAH untuk menjadi seorang muslimah dan mujahidah yang solehah...apatah lagi impikan untuk menjadi bidadari dan kekasih Allah... AllahuRabbi.... :')  Tapi in shaa Allah aku tak kan berputus asa dan menyerah sesekali dalam liku2x kehidupan yang penuh lakonan belaka... Tetap tekad untuk jadi seorang muslimah dan mujahidah yang solehah... Cukup lah kisah aku yang dulu telah menenggelamkan dan melekakan diriku,kali nie tidak sesekali aku ulanginya dan berpatah kembali apatah lagi untuk melihat kembali.... Alhamdulillah,kali nie juga aku rasa makin tabah dan kuat hadapi kasih dan sayang-Nya... Setiap kali berlaku something yang -ve aku dapat elak or tahu bagaimana aku harus lakukan or membalasnya... kerana aku dapat rasainya....perubahan dalam diri ku,hati ku dan akidah ku... ALHAMDULILLAH! ... Sungguh aku bersyukur sangat yang tak terhingga... Terima kasih juga kepada yang mendoakan aku dan support aku sentiasa yang tak pernah jemu dan bosan terhadap aku... Terima kasih! Moga Allah membalas segala kebaikan kalian terhadap aku yang anak yatim.. :') *Ok,sedih... ahaha Actually aku tak tahu nak sharing apa... Cuma aku nak tegaskan dan sharing dekat sini ialah Jangan Sesekali menyerah untuk berubah!...Jangan terkandas ditengah jalan!...Keep fighting dan berdoa!!!...Alhamdulillah juga dengan cara berpakaian aku sekarang dapat mempengaruhi semua saudara-mara,pensyarah dan kawan2x ku.... Moga mereka dapat tutup aurat dengan sempurna... Dakwah melalui cara pemakaian lagi mudah rasanya...yang takkan mengecilkan hati mereka...just mendoakan mereka dalam hati... :) Allahuakbar,indah sungguh hidayah Allah... <3
Ok lah... Cukup lah untuk sharing kali nie...hihihi.... Next time aku akan cerita pasal seseorang pula yang berubah ke jalan Allah macam aku.. :) Nantikan! Wallahua'lam...