Friday, June 28, 2013

Berpurdah itu Pilihan

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..... Perkongsian.... :)
Alhamdulillah dan tahniah kepada para Niqabis dan wanita bertudung labuh dan bertudung bawal. Teruskan istiqamah dengan imej wanita muslimah yang menutup aurat dengan sempurna.
68034_364392066982362_2071376525_n
Saya ingin kongsikan sedikit jawapan/penyelesaian daripada segelintir masyarakat muslimah yang ingin melangkah jejak untuk berpurdah.
Sebelum saya meneruskan dengan topik sebenar, mohon maaf andai tersilap. Saya cuma menjawab berdasarkan pengetahuan dan pengalaman diri sendiri. Terserah mahu ikut atau tidak, dan mohon maaf sekali lagi jika entry ini ada yang mengguris hati para niqabis lain.
First of all, sila set niat berpurdah kerana ia sunnah. Jika anda niat bahawa menutup muka adalah wajib, sila segera tinggalkan page ini.
  • SITUASI 1 - Ketika makan di tempat awam.
Selalunya, ini menjadi persoalan utama bagi para muslimah yang ingin memulakan langkah untuk berpurdah.  Saya mengambil cara termudah. Di restoran/pondok di highway, pastikan cari tempat yang paling tersembunyi di antara semua. Duduk membelakangkan pelanggan lain. Buka purdah, dan makan. Jika masih kekok, tidak mengapa buka purdah/niqab tetapi mesti mencari tempat yang tidak terlalu terbuka atau minta orang lain cover line.
  • SITUASI 2 – Di kampung, bersama sanak saudara.
Jika menetap di kampung pula, pastinya saudara mara pulang bersama. Ia tidak menjadi masalah besar. Jika ia merumitkan, (susah nak buat kerja dapur, sapu sampah etc) tidak perlulah memakainya ketika didalam rumah.. Tapi pastikan anda mengenakan tudung & pakaian lain bagi menutup seluruh aurat wajib sahaja.
  • SITUASI 3 – Tetamu bertandang di rumah.
Kalau macam di rumah saya, kebiasanya lelaki akan makan di ruang tamu, manakala perempuan di dapur. Jadi, tidak perlulah berpurdah waktu itu. Makanan untuk dihidangkan kepada kaum lelaki, bolehlah ‘kirim’ pada ayah atau adik beradik lelaki untuk dihantar ke ruang tamu. Tidak usah kita menunjuk muka. Tetapi jika terpaksa juga, pakailah purdah.
Soal Istiqamah
Istiqamah seperti yang tertera dalam buku teks Akhlak darjah 4/5 sewaktu saya bersekolah dahulu, membawa maksud berterusan melaksanakan perintah Allah SWT. Jadi, tak perlulah kita terlalu runsing memikirkan soal “aku mahu istiqamah dalam berpurdah” sehinggakan 24 jam anda berpurdah. Ingat tidak, kita berpegang pada hukum sunat memakainya? Jadi, ambil yang mudah. Tidak perlu terlalu rumit. Apa yang penting, istiqamah dalam menjaga adab dan aurat kita insyaAllah sudah memadai. Dalam agama pun tidak boleh terlalu berkira-kira bukan? InsyaAllah, ada ganjarannya kelak. Hati pastikan ikhlas lillahi taala.
Dalam pada kita berpurdah, ingatlah bahawa dalam masa sama, kita juga punya seribu satu tujuan lain dan perkara wajib lainnya yang perlu kita titik beratkan. Contohnya, soal adab, akhlak dan solat kita. InsyaAllah, moga perubahan pemakaian ini membawa seribu perubahan lain.
Soal istiqamah ini saya ada tanyakan juga pada Kak Fatin (Jihad Umayrah) , pandangan beliau :
Dan bagi akak, istiqamahnya someone itu bukannya selama mana atau sejauh mana dia menutup mukanya dari dilihat orang, tapi paling penting sejauh mana dia beramal dengan nilai niqab yg dipakainya itu sebagai alat tarbiyah dan berpegang teguh di atas hikmah kenapa memakainya. Kerana niqab itu adalah salah satu methode tarbiyah, bukan sebagai penyembunyi muka semata. Makanya bila seorang muslimah sudah bulat keputusannya untuk mnjadi seorang niqabis, selepas tajdid niat aspek yg paling penting juga dilihat adalah kajian mndalam tentang fiqh dan hukum sekali dgn kajian maslahatnya agar niqabis tidak tertekan dalam sesetengah keadaan dan lebih mudah menjawab persoalan-persoalan dari pihak lain yang bertanya. Yang pasti untuk untuk menjelaskan lagi tujuannya memakai niqab kerana kefahaman ilmu bagi memantapkan lagi keyakinannya atas apa yang ia amal. Wallahualam.
Kalian boleh rujuk juga pendapat & cara makan oleh ukhti Syafieka & KakChik Niza. Moga diberkati Allah.
Selain itu, kalian juga digalakkan untuk membaca entry-entry special buat kita para muslimah di blog Ustazah Fatimah Syarha. Antara artikle yang saya cadangkan adalah BERNIQOB atau TIDAK Berniqob? (artikle ini mendapat perhatian ramai dari pelbagai jenis manusia), Pendakwah Muslimah, Facebook dan Media dan Isu Wanita dan Khilafnya.
[ Segala yang baik datangnya dari Allah dan apa yang kurang datangnya dari kelemahan diri sendiri, mohon maaf andai tersalah bicara. Wallahu'alam ]

Hukum muslimat memakai niqab (purdah)

Views




*Alhamdulillah,terjawabkan??? :)

Dr Asri - Status niqab. Benarkah sunnah isteri Nabi?

Views

Thursday, June 27, 2013

Luahan untukMu

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wahai kekasihku Ya Rabb...

Pertama sekali aku ucap setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat IllahiMu kerana mengizinkan aku bernafas lagi untuk aku beribadah kepadaMu... Aku tahu Kau Maha Mengetahui.... Pasti Kau tahu apa yang aku rasai saat ini... Ya Allah,perasaan apakah ini yang ada dalam hatiku ini... Jika ini HidayahMu lagi untuk menjernihkan hatiku,aku bersyukur yang teramat sangat.... Kerana Kau sentiasa mengingatkan ku... Tapi jika ini sebaliknya,aku bermohon padaMu Ya Allah,jangan lah biarkan hati aku lepas daripada genggamanMu... Sungguh aku akan lagi sedih+sakit.... Hati aku rasa sedih+sayu secara tetiba pada malam Jumaat yang penuh berkat ini... Dengan secara tak sedar,aku mengalirkan airmata yang mengalir derasnya dipipi ku tatkala aku berdoa padaMu dan membaca ayat-ayat cintaMu...yang sementara itu zikrullah berkumandang dengan penuh khusyuk hanya untukMu di musollah kolej kediaman ku....
"Ya Allah,ampunkan lah dosa ku....maafkan lah segala khilaf ku....maafkanlah aku Ya Rabb..." :'(  Aku hanya lah seorang mujahadah yang sedang berperang melawan perasaan+diri+nafsu ku daripada godaan syaitan.... Kuatkan lah aku yang Maha Berkuasa.... Sungguh aku lemah melawan bahagian ini.... Teguhkan lah iman ku Ya Rabb... :'{
Ya Allah,maafkan lah aku....ampunilah aku.... Aku hanya ingin menjadi kekasihMu Ya Allah.... Kerana aku tahu menjadi kekasihMu sesuatu yang amat manis yang sama seperti manisnya sesuatu iman apabila ada sebenar-benarnya iman dalam hati....
Aku malu padaMu Ya Allah.... Kerana aku tahu aku hanya lah seorang muslimah yang kerdil lagi naif yang masih bertatih dalam mengenaliMu Ya Allah.... Banyak yang aku harus memperbaiki khilafku... Ada kala aku rasakan diriku amat hina lagi teruk pada pandanganMu... Kerana aku rasa aku bukan lah muslimah sebaik muslimah yang Kau telah khabarkan dalam ayat-ayat cintaMu.....Meskipun aku cuba menjadi muslimah seperti itu.... T_T
Tapi aku tahu Kau Maha Pengampun... Kau selalu beri peluang pada hamba-hambaMu untuk memperbaiki diri dan pintu Taubat sentiasa Kau buka seluas-luasnya....
"Ya Rabb,ampunkan lah aku,maafkan lah aku....... Sungguh aku takut azab yang akan menimpa terhadapku kelak.... Nauzubillah.... Allahhuakbar..."
Bantu ni lah aku dalam mencari keredhaanMu untuk bekalan akhirat kelak..... Amin,amin ya Rabbal a'lamin... :'{

Monday, June 24, 2013

Pesanan Buat Diri+Iman Ku.....

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Muslimah Nur Aqilah...
Apa khabar Iman ku?... Moga iman ku meningkat seperti mana meningkatnya umur+amalan ku......

Muslimah Nur Aqilah,
Ingat setiap pesanan daripada orang yang menyayangimu... Moga anda tabah dan kuat setiap dugaan dan ujian dari-Nya...

Pesanan dari Maklang,
Salam. Mak Lang sokong dgn perubahan pd diri adik. Alhamdulillah.. Tapi setiap tindakan kita mesti Ada istiqamah. Realitinya kita hidup bmasyarakat dan masyarakat Ada persepsi bbeza antara org yg bpurdah dgn org yg tidak. Itu sebab istiqamah itu ptg supaya tiada tanggapan yg salah oleh masyarakat dan keluarga. Keduanya, sentiasa perlu ingat apa tujuan berada di universiti itu. Betullah semuanya kuasa Allah tp barang diingat dpt bljr di uni, juga atas bantuan dan ehsan org lain/luar. Biarlah berjuang dijln Allah dan didunia ini dlm mndpt ilmu itu sama2 beroleh kejayaan. Jgn tercicir salah satunya. Bukan nak jadi ustazah tp sekadar seorg ibu saudara yg ingin melihat semua anak2 buahnya beroleh kejayaan dunia mahupun akhirat. Aminn. Ingat pesanan Pak Lang, semester ni kena terus tingkatkan prestasi akademik. Mana mungkin dgn keputusan skrg boleh buka peluang utk capai cita2 menjadi pensyarah. Perlu lebih usaha, istiqamah dan baru selebihnya berserah pada Allah.

Pesanan dari Faizzah (ex-roommate matrik),
semoga mampu menjadi muslimah yang sabar lg tabah. Yang paling penting jagalah hati dr segala perkara xmanfaat. bila kita dah terpilih atas jalan2 ni, mmg xkan pernah terlepas dripada ujian. jalan yg penuh duri. mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.  same2 lah kita saling menasihati . Insyaa Allah segala kesusahan yg kita alami skrg sbb ingin tegakkan agama Allah, kita akan dapat balasan di syurga kelak. Insyaa Allah. Meen

Pesanan dari kawan2x ku,
jaga hati, jaga iman,jaga ikhtilat!!!...sentiasa dekatkan diri pada-Nya...sentiasa sabar+tabah+kuat hadapi setiap cabaran dalam menghadapi Muslimah Solehah...banyakkan berdoa...Allah sentiasa bersama ko...

Peringatan untuk ku,
apalah guna berniqab andai diri masih terlibat dlm pergaulan bebas..
berniqablah hanya untuk mendapatkan redha Allah SWT..
berniqablah hanya untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT..
berniqablah semata-mata ingin melindungi diri dari perkara-perkara kemungkaran..
bersihkanlah niat untuk berniqab hanya untuk Allah SWT..bukan selainnya... :)

Tidak wajib wanita itu berterusan memakainya krn ambil pendapat harus. Tetapi perlu diingat wanita yg berpurdah kedudukan dia sama sahaja seperti wanita lain yg tidak berpurdah. Jgn merendahkan & mengeji wanita yg tdak memakai purdah & jgn juga merendahkan & mengeji wanita yg berpurdah krn yg paling mulia disisi Allah swt adalah org yg berTAQWA. 

Doa dari Nadhirah (kawan niqabisku),
 " ya Allah,kami hanye insan bese..hanya Kau yg mgetahui hati2 kami.sesungguhnya jln yg kami pilih ini adalah semata2 ingin mndekati dan lbih mencintaiMu krn kami sedar,diri kami trlalu lemah.jd kami brharap dgn prubahan ini mmpu mguatkn hati2 kami semata2 utk meraih cinta dan pandanganMu ya Allah.kami tidak ade sokongan selain kasih syg drMu,kami cuba utk kuat demi cintaMu..bantulah kami utk kekal dlm jln ini:') " <--fb

wallahua'lam

Tuesday, May 21, 2013

My favorite parody song!

Views

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.... Alhamdulillah kepada Ilahi.... Aku nak share lagu parody nie by Mr Bie... Aku suka dengar parody nie sebab membawa maksud yang mendalam dan penghayatannya sangat bermakna... Rasa keinsafan dalam diri aku bila mendengar lagu nie... Allah.... Begitu sayang daku pada-Mu.... :') *layakkah aku ke tempat syurga-Mu??.... hmmm....


Sama-sama ambil ikhtibar dari penyampaian parody nie.... Renung-renung lah... Selamat Beramal...
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang... :') ALLAHHUAKHBAR!!!

Monday, May 6, 2013

Contoh Brochure mengenai Solat

Views

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum....
Alhamdulillah.... Kali nie aku nak beri contoh brochure mengenai Solat... *aku pun kena buat pasal nie untuk projek koko... ^^" Let's do it! :D

Muka Depan :


Ayuh kita pelihara solat kita!
Ayuh wahai saudaraku! Marilah kita semua menjaga dan memelihara solat dalam kehidupan seharian kita, kerana solat itu adalah tiang seri agama kita. Renungi sabda Rasulullah SAW:
“As-Solatu imaduddin, faman aqamaha faqad aqamad din, waman tarakaha faqad hadamad din.”
Maksudnya: “Solat adalah tiang seri agama, maka sesiapa yang menunaikan solat, maka sesungguhnya dia telah menegakkan agama, dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.
Sesungguhnya Islam itu telah dibina di atas solat, di samping mengucap dua kalimah syahadah, haji, puasa dan zakat.
Ingatlah amaran Allah SWT!
Marilah kita sama-sama hayati amaran tegas yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang meninggalkan solat. Antaranya adalah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang tidak solat, maka tiada agama baginya.” (Riwayat as-Sayuti)
“Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka terhapuslah segala pahala amalannya.” (Riwayat Imam Bukhari)
“Sesungguhnya apabila seseorang mukmin menunaikan solat, maka segala dosanya datang kepadanya lalu diletakkan pada bahagian kepala dan tengkuknya. Setiap kali dia rukuk dan sujud, segala dosanya itu akan jatuh berguguran.”
“Perkara pertama yang dihisab terhadap seseorang hamba ialah solat. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya. Jika solatnya rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain.” (Riwayat at-Tabarani)
Oleh itu, sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kerajaannya, dia akan dibangkitkan bersama Fir’aun. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama Haman. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk menguruskan hartanya, dia akan dibangkitkan bersama Qarun. Begitu juga sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk mengendalikan perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Ubay bin Khalaf. Sedarlah kesemua mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Muka Belakang :


Risalah Khas Sempana Isra' dan Mi'raj
Peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang disambut setiap tahun amat sinonim dengan ibadat solat, yang merupakan satu-satunya ibadat yang difardhukan secara langsung oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan Malaikat. Lantaran itu, solat mendapat kedudukan yang istimewa dalam Islam. Solat adalah penghubung hamba dengan Tuhannya, penghapus dosa dan pendinding daripada maksiat, serta keselamatan daripada azab kubur dan azab neraka. Rasulullah SAW pernah menyifatkan solat sebagai ciri pembeza di antara Islam dan kekufuran. Sabda baginda SAW yang bermaksud:
“Perbezaan antara seseorang dan kekafiran ialah dengan meninggalkan solat.” (Riwayat Imam Muslim)
Solat, kefardhuan yang tiada tolak ansur
Solat merupakan ibadat tetap yang tidak luput kefardhuannya dalam apa jua keadaan. Ia mesti ditunaikan oleh setiap muslim yang mukallaf, tidak kira sama ada ketika ia sihat atau sakit, semasa lapang atau sibuk, musafir atau muqim, kaya atau miskin, raja atau rakyat biasa, semasa aman atau perang dan sebagainya. Oleh kerana itu, solat merupakan tiang seri bagi agama Islam. Kefardhuan solat ini jelas berbeza dengan ibadat-ibadat fardhu yang lain. Sebagai contoh, ibadat haji hanya wajib kepada orang-orang yang berkemampuan, manakala zakat pula hanya wajib bagi orang-orang Islam yang mempunyai harta, yang cukup nisab dan haulnya. Demikian pula dengan puasa, yang wajib dikerjakan oleh muslimin yang sihat dan mampu melaksanakannya.
Solat, penghubung hamba dengan Tuhannya
Solat adalah tali penghubung di antara seorang hamba dengan Allah SWT. Ia merupakan amalan yang paling disukai oleh Allah sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud:
“Janganlah kamu meninggalkan solat dengan sengaja kerana sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, penjagaan atau pemeliharaan Allah dan RasulNya telah terlepas dari dirinya.” (Riwayat Imam Ahmad)
Solat, penghapus dosa dan menjauhkan dari melakukan maksiat
Solat adalah penghapus dosa bagi hamba-hamba yang menzalimi diri mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu lakukannya, Allah mengampunkan segala dosa dan meninggikan darjat kamu? Para sahabat menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Baginda menjawab: Menyempurnakan wudhuk meskipun ketika sukar (seperti dalam keadaan terlalu sejuk), memperbanyakkan langkah ke masjid dan menunggu solat yang berikutnya setelah selesai solat sebelumnya, kerana yang demikian itu adalah perbuatan mewakafkan diri untuk melaksanakan ibadat yang berpanjangan.” (Riwayat Imam Muslim)
Kita sering mendengar firman Allah SWT yang berikut setiap kali azan berkumandang di televisyen:
“Sesungguhnya solat itu mencegah kamu dari melakukan maksiat dan perkara mungkar.” (Al-Ankabut: 45)
Adakah kita memahami maksud ayat yang agung ini lantas memeriksa solat yang kita tunaikan selama ini, adakah diterima oleh Allah SWT? Adakah solat yang kita tunai selama ini membawa perubahan pada tingkah laku dan akhlak kita?
Solat, keselamatan dari azab
Solat yang dilaksanakan dengan sempurna dapat menyelamatkan tuannya daripada seksaan kubur. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bermimpi tentang seorang lelaki yang sedang diazab di dalam kubur, kemudian datang solat yang dikerjakannya lalu menyelamatkannya dari azab kubur tersebut. Begitu juga solat akan menjadi penyelamat pada hari Kiamat bagi sesiapa yang memelihara dan menjaganya semasa hidup di dunia. Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solatnya akan menjadi cahaya, bukti (keimanan) dan menyelamatkannya pada hari Kiamat.” (Riwayat Imam Ahmad)
Seterusnya, Rasulullah SAW telah memberi jaminan kepada umat Islam, bahawa mereka tidak akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya mereka sentiasa memelihara solat, terutamanya solat Asar dan solat Subuh. Sabda baginda SAW yang bermaksud:
“Pasti tidak akan masuk neraka seseorang yang bersembahyang sebelum terbit matahari (Subuh) dan sebelum matahari tenggelam (Asar).” (Riwayat Imam Muslim)



Selamat Mencuba... Wasalam (:




Hang out with my lovely friend

Views

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum....
Alhamdulillah dapat bertemu di lembaran yang lain pula.... Korang pasti dah baca entry aku yang bawah tuh kan... :) Diam-diam k... Aku tak nak fikir pasal kesihatan aku lagi... *boleh kew macam tuh?..hihi..entah... Aku nak share cerita pasal "lepaking" dengan membe-membe aku time pesta buku diadakan di PWTC... Buat pertama kali aku pergi dengan naik ktm+jalan kaki.... Alaaa,jalan kaki sikit jew...tak jauh sangat...hee :3 Seronok jenjalan dengan membe-membe aku... Pergi seramai 13 orang... Time nak pergi ke KTM Nilai, 3buah kereta yang menghantar kami.... *guna perkhidmatan prebet lah....hihihi Nice memory to remember right?... :)

Let's see my friends... (:


Nie lah geng aku....aku sayang sangat dekat diaorang... <3
ada sorang tertinggal...ahahaha *yong nie mana tah time nie... :D



Semuanya cantik-cantik+comey belako... Kan?! hiwhiwhiwhiw :D 
ada lagi yang tak ada dalam picture nie....ada lagi 2 orang tak termasuk aku...
aku juru gambar diaorang....hee :3 

Sampai di sana kami terpecah.... *macam mana boleh terpecah pun aku tak sure....tak nak ada yang hilang+tertinggal....very dangerous....yewla kami yang pergi semuanya perempuan belako...hohohoho XD Tak de lah ramai sangat.... Kami pergi hari Jumaat petang...so tak padat sangat orangnya.... *seb bek naa...hihihi Punya lah jenjalan pergi usha buku nie.... Aku terdengar announcement Hilal Asyraf ada.... Apa lagi pergi cari+tengok dekat mana.... *patut lah hati aku tergerak nak bawa bukunya ke PWTC.... <--- dandan jew...ahahaha :P Nie dia....tradaaaa~~~~


Sempat lagi taw minta signiture...ehee :3
Yang aku pegang tuh lah buku yang aku bawa dari hostel...wingwingwing (:




Membe aku pun dapat bergambar dengan Hilal Asyraf... (:
tapi tak semua membe aku ada nie...
time nie berpecah...

Sekejap jew masa berlalu.... Kami tak naik "atas-atas" lagi... Penat dah...ahahaha... Time tuh pun dah petang sangat... Kami kejar masa... Semua nampak dah penat... *muka time tuh semua tak boleh bla,nampak sangat penatnya...belum sampai lagi Nilai tuh...ahahaha :D <--- cehh, macam aku tak penat sekali ea...hohohoho XD Sempat lah aku beli 8komik+2buah novel....ehee~~~ ><

Ok lah,sampai di sini dahulu...next story will be update soon....hihihihi (Y)....wasalam :)

*bagi sesiapa yang lihat gambar aku wear it....please don't "kecoh+beritahu sesiapa ok"..ada sebabnya..hopefully..thank you so much...barakallah fikkum

Wednesday, May 1, 2013

Tahap Kesihatan Sekarang

Views

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.....
Pertama sekali Alhamdulillah kerana masih dapat menaip lagi untuk update entry yang baru.... Maaf banyak2x kerana dah lama tak update... Ada rasa nak update tapi tak berpeluang nak update kerana tak ada idea+masa tak memberi keizinan...hihihi *asif jiddan! Mesti yang memfollow story aku pasti tertunggu2x kan cer aku yang seterusnya??...betul tak???....hahaha *kew aku perasan jew?..hee :3 Oklah...aku ada good news for korang yang care pasal aku....hihihi....ce teka!... :D

Alhamdulillah... Aku dah tak perlu pergi ke klinik lagi!!!....yahOoo!!!!...hee *sukewnya aku....finally...hiwhiwhiw Sebab apa aku sukew+happy macam nie?... Sebab aku dah malas nak pergi ke klinik lagi untuk jumpa doktor...hohoho XD   TAPI...................................aku dapat ubat lagi...ada tambahan satu kotak ubat (yang warna putih besar tuh)...uhuu  :(




Terima kasih korang,mana yang mendoakan aku cepat sembuh... :) *touching tetiba...hahaha :P
Korang jangan fikir aku tak makan k ubat2x nie semua... Aku makan taw tapi jarang2x....hohohoho :D *asalkan makan juga kan....ehee

Masa aku pergi ke klinik hari tuh... (sebelum aku sambung...roommate aku temankan aku pergi klinik,namanya Asma...tq dear) Nasib baik tak ramai... Sampai2x jew daftar n terus ambil darah.... Semua yang ada dekat klinik pandang aku... -,- *jangan lah pandang macam tuh.... Time tuh aku memakainya.... Maybe tak biasa tengok kot... *agak jew...hihihi Time ambil darah,nurse tuh tanya dekat aku, "adik dah kahwin ke?" aku, "belum,kenapa yerp?" tak ada apa2x... Aku pun apa lagi muncung sedepa... *ingat aku nie dah kahwin lah tuh... =,= Next,jumpa doktor... Rasanya doktor lain kot,aku masuk pintu yang lain... doktor, "awak dah kahwin ke?" aku, "belum" ==" ok,awak tak yah buat test untuk thalasemia,nanti time awak dah nak dekat kahwin,awak datang sini kembali untuk check...darah awak nie turun sikit tapi masih ok lagi....jangan lupa makan ubat... aku, "baik doktor" =="""

Tuh lah cer nye... Aku pelik... Nampak aku nie dah kahwin kew?... *lagi muncung sedepa... =.=
Now,aku jaga kesihatan aku baik2x.... *yeke?boleh caya?...ahahaha IN SHAA ALLAH ok,sampai di sini dulu.... Barakallah fikkum... wasalam :)

Thursday, February 7, 2013

Bersama orang yang tersayang (Part 2)

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum....
Alhamdulillah Ya Allah...memberi aku peluang untuk menaip kisah aku dalam blog aku...sekarang sambungan seterusnya...hihihi..mesti korang tak sabar kan?...ahaha *yeje tuh* hee :P aku tak kesah kalau tak pun...hohoho ><" ok-ok...nak sambung story pasal sapa pula nie ea?..ce teka....ahahah *ngekk lah aku nie* hiwhiwhiw :D story-melly about my sweet roommate pula at USIM..



Yang nie time birthday Nor Insyirah,(yang tengah).... :)



Yang nie time birthday Asma Salsabila,(yang kanan)... :)

nie lah roommate aku!... :D sayang korang damn much! >< hohoho tiga orang jew kiteorang dalam satu bilik...roommate aku baik sangat....dieorang dah banyak tolong aku....time aku sakit,dieorang bergilir jaga aku.... *touching* aku bersyukur sangat dapat roommate macam dieorang...yang penting....dieorang satu kepala dengan aku...hiwhiwhiw :D seronok+happy dapat kenal+rapat dengan dieorang...yang syirah ambil course sains aktuari...so kadang2x aku n dia belajar sama2x mana yang subjek sama....yang asma pula ambil course fiqh fatwa....dia pandai bahasa arab...senang citer...dieorang semua pandai2x belaka...sama2x ajar kalau tak tahu...aku bertambah bersyukur lagi sebab kiteorang solat berjemaah bersama....tuh yang buat aku lagi beruntung dapat kenal dengan dieorang...sebab selalu ingatkan aku pada-Nya.... *alhamdulillah* :) terima kasih ya Allah kerana kirimkan aku roommate yang baik+dekat dengan-Mu.... :3 
Korang...andai kita tak sama satu bilik lagi next years...aku nak korang tahu yang aku bersyukur+hargai korang setiap detik bersama korang...terima kasih ciptakan memories indah untuk aku kenang+ingat.... *ok,sadis* aku sayang korang until Jannah,insyaAllah...amin....aku doakan korang sentiasa berada dalam lindungan+rahmat-Nya...amin.... :') :*

nak sambung lagi kew story-melly aku nie?...hmm....cukup lah sampai di sini...dah2x lah tuh an...hohoho :D ok wasalam......




Wednesday, February 6, 2013

Bersama orang yang tersayang (Part 1)

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum....
Hai korang...jumpa lagi...apa khabar iman korang?..semoga kita bersama-sama tingkatkan iman kepada-Nya...insyaAllah,amin...maaflah dah lama tak update entry baru....aku takde feel nak update....huhuhu :( sekarang nie...aku ada lah feel sikit nak update even sebenarnyew sebaliknyew...ok..abaikan...ahahaha :)
hidup kena happy...jangan biarkan perasaan menguasai diri n hati...ok..take a note yerp...hohoho *untuk ingatan aku juga* ^_^ aku nak story-melly nie dengan korang...hiwhiwhiw ><"
sepanjang aku bersama kawan-kawan aku dekat USIM...dah banyak memberi perubahan dalam diri aku...tapi aku sedar n tahu aku dah tak macam dulu lagi...even aku bersama dieorang,aku tetap tak macam qila yang dulu...maksud aku..aku dah kurang seceria+kecoh seperti dulu lagi....qila yang now banyak mendiamkan diri dari bercakap...ahahaha *pepe jew lah qila,asalkan ko hidup macam bese* hee ^^v peace~~  nak tengok tak kawan aku??...mestilah korang nak kan??...hiwhiwhiw...



tradaa!!!...hihihi...cantik tak picture nie?..pic nie kawan aku yang edit...
namanyew Farhana Izzaty... :) nie semua kawan sekelas aku... BSD 3...

aku happy dapat bertemu dengan dieorang...satu kelas dengan dieorang... *touching* :')  seriously,aku tak tipu...dieorang banyak memberi impak yang baik dalam hidup aku...setiap detik memories akan tercipta bersama dieorang untuk aku ingat+hargai....aku sayang dieorang sangat-sangat....dalam diam aku mengenali setiap orang....kelakar dieorang sebenarnyew...hihihi.... :'D lebih-lebih lagi kalau lepak+kuar sama-sama....lagi seronok...have fun..setiap memories yang tercipta akan aku sematkan dalam ingatan aku untuk aku ingat+hargai sampai bila-bila...kerana bersama dieorang semua amat bermakna pada aku....tanpa dieorang maybe aku takkan senyum kembali... :') alhamdulillah ya Allah kerana kurniakan mereka,kawan-kawan yang sentiasa buat aku tenang+senyum bersama mereka....dan selalu ingatkan aku kepada-Mu...terima kasih ya Allah... ^_^ *ok...jangan meleleh* hiwhiwhiw ><" 
korang...jujur aku cakap...aku hargai+bersyukur kerana dapat mengenali korang semua...aku tak pernah menyesal dapat satu kelas dengan korang...aku sayang korang sangat-sangat....maafkan aku jika selama nie aku jadi penolong kelas yang kurang teratur+bertanggungjawab.... *sediakan tisu* :') andai lepas nie aku tetiba senyap n lagi mendiamkan diri..korang jangan marah ea....kerana aku nak tengok korang happy+tersenyum tanpa aku suatu hari nanti...aku just nak tambahkan lagi memories bersama korang untuk aku ingat.....korang ingat nie k...pepun yang terjadi...korang tetap kawan aku dunia n akhirat...aku tetap sayang korang... *tahan qila,tahan qila,don't cry* ^^" korang jaga diri baik-baik k...aku doakan yang terbaik untuk korang.... :') 
ahahaha...lawakkan...entah pepe jew lah qila oi...hee ><" *ok,aku dah merepek* oklah...sampai di sini dulu....kang aku merepek lagi...hiwhiwhiw ^_^  copps!!! ada sorang lagi...ketua kelas aku...hee...dia jew laki dalam kelas aku...dia baik...hihihi...korang nak tgk picture dia kew?...jap ea.. :3 


Yang tengah2x tuh lah...hihihi...namanyew Nasrallah... :)

ok lah...tuh jew....tak leh lebih2x...hee ><"
To be continue.....



Wednesday, January 23, 2013

Talasemia doctor?!

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
TALASEMIA: Penyakit Genetik Yang Membawa Maut
Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.
Bagaimana Talasemia merebak?  Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.
Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak  dari umur 3-18 bulan.Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.
Rawatan bagi pesakit Talasemia ini dikenali sebagai rawatan transfusi darah  sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan  dalam seumur hidup pesakit Talasemia. Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.  Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. Justeru itu, rawatan penyingkiran zat besi amat penting bagi pesakit Talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa bergantung kepada situasi tertentu.
Walaubagaimanapun, terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan. Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. Langkah kedua, sekiranya anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak. Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan penghadiri kaunseling genetik . Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut.  Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal.
Kesedaran orang ramai tentang Talasemia? Terdapat pelbagai kempen yang dijalankan untuk memberikan informasi mengenai Talasemia kepada orang ramai. Namun, masih terdapat ramai lagi termasuklah pelajar institusi pengajian tinggi yang kurang pengetahuan tentang Talasemia.  Dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai Talasemia ini, corak penyampaiannya perlulah lebih kreatif dalam member informasi tentang Talasemia dan sekaligus menerangkan tentang langhkah-langkah yang perlu  diambil untuk mengatasinya serta seterusnya dapat mencapai matlamat kempen.
Dalam konteks ini, media elektronik seperti televisyen dan radio dilihat lebih sesuai sebagai medium penyampaian kerana lebih dekat dengan masyarakat. Selain itu, kempen-kempen mengenai Talasemia ini juga perlu diadakan dengan kerap di sekolah-sekolah serta IPT seluruh Malaysia kerana rata-ratanya merupakan pelajar yang belum lagi menginjak ke isntitusi perkahwinan dan masih sempat untuk mengelakkan lahirnya anak yang menghidap Talasemia major.
Untuk menjayakan kempen ini, pelbagai pihak termasuklah badan kerajaan atau pun NGO perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen. Di samping kempen-kempen untuk mencegah Talasemia, bantuan kepada pesakit Talasemia juga perlu dihulurkan. Pesakit Talasemia memerlukan rawatan transfusi darah selama 1 hingga 2 bulan seumur hidup dan rawatan ini memerlukan kos yang tinggi. Satu daripada 20 rakyat negara ini merupakan pembawa Talasemia dan daftar Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira 4,385 pesakit Talasemia sedang menjalani rawatan bulanan. Daripada angka ini, untuk mengharapkan Persatuan Talasemia yang dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor sahaja unutk menghulurkan bantuan kewangan, agak sukar kerana sumber dana adalah terhad. Sehubungan dengan itu, bantuan kewangan daripada pelbagai pihak samada NGO, badan kerajaan atau pun persendirian sangat digalakkan.
Di samping bantuan kewangan, sokongan moral adalah yang paling diperlukan oleh pesakit Talasemia. Setiap manusia mempunyai talian persaudaraan sesama kita dan dengan sokongan moral yang diberikan, mereka akan berasa lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Berdasarkan penerangan-penerangan di atas, semua pihak perlu prihatin dalam mencegah Talasemia ini. Talasemia major merupakan penyakit yang serius dan jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak yang berumur antara satu hingga lapan tahun. Sanggupkah kita melihat generasi yang bakal menerajui negara ini semakin berkurangan disebabkan oleh kelalaian kita sendiri yang mangambil mudah dalam ujian penyaringan darah? Oleh yang demikian, diharapkan kempen-kempen yang dijalankan dapat menyedarkan mesyarakat tentang risiko Talasemia dan pesakit-pesakit yang menghidap Talasemia dapat dibantu dengan sewajarnya agar dapat meneruskan kehidupan . Cegah sebelum parah.

*Ok.. Sekarang sambungan cer entri yang baru-baru nie..hehehe Aku bukan nak korang tahu aku nie ada sakit ke pe tapi tujuan aku yang sebenarnya nak korang tahu Talasemia nie apa... Sebab semua orang kena tahu Talasemia nie sejenis penyakit yang macam mana... Aku harap info yang aku beri nie korang faham+bertindak... Maksud aku bertindak : pergi check dekat klinik... Korang kan tahu Talasemia nie ada tayang dekat tv... So,perfer korang check lah.... :) Doktor belum sahkan aku ada Talasemia sepenuhnya+berada di peringkat yang keberapa.... Sebab darah aku untuk Talasemia tak boleh baca.... *pelik jew rasa* --" Macam tuh lah doktor kata dekat aku... Aku tak terkejut sangat... Sebab aku dah tahu yang aku nie maybe ada Talasemia.... Aku sakit Anemia since aku sekolah menengah lagi until now... But sometime i'm ok,sometime not.... *semua orang tengok sihat jew kan?* Aku takkan biarkan orang tahu yang aku nie ada sakit+nampak aku nie sakit.... Bulan 3 nie aku ada appoinment dengan doktor lagi.... *sebenarnyew penat asyik pergi klinik jew taw* ~,~ hee Aku redha setiap kata doktor nanti.... *memang kena redha pun lah qila* ahahaha Dah lah, thats all....thank you... hiwhiwhiw ^_^

Saturday, January 19, 2013

What?! Anemia??

Views

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...


Anemia atau lebih dikenali masyarakat sebagai penyakit kurang darah, lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan.

Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran.

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.

Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu (mg) lagi.

Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum.

Faktor lain yang menyebabkan wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan. Dengan alasan takut gemuk, ada segelintir wanita atau remaja mengamalkan diet secara drastik. Golongan ini cenderung makan dalam jumlah yang kurang dan tidak mahu mengambil daging. Tanpa disedari, diet seumpama itu yang belum tentu membuatkan berat badan turun, boleh menyebabkan kurangnya pengambilan zat besi dari makanan.

Umumnya, setiap wanita ataupun remaja perempuan yang mengalami anemia, tidak akan sama antara satu dengan orang lain sebab berdasarkan jenis anemia dialami. Tetapi anemia boleh dikesan apabila ada tanda seperti pucat terutama di bibir dan kelopak mata, sering lesu dan mengantuk, mudah berdebar-debar, bentuk kuku berubah, rambut mudah gugur atau putus serta kerap pening atau pitam.

Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya.

Selain itu, perdarahan saat melahirkan juga dapat menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak lagi zat besi. Dengan alasan itulah, setiap ibu hamil disarankan mengambil zat besi tambahan.

Anemia boleh dicegah dengan mengambil kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi. Beberapa makanan seperti hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dalam kadar cukup tinggi.

Zat besi dalam jumlah sederhana pula boleh diperoleh daripada daging, ikan, sayuran berwarna hijau seperti pegaga, pucuk paku, bayam, kailan dan bijirin.

Sumber zat besi daripada haiwan akan diserap lebih baik oleh tubuh daripada yang berasal daripada tumbuhtumbuhan. Bagi mengatasi masalah anemia, sebaik-baiknya perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Penyerapan zat besi dapat dibantu dengan mengambil vitamin C, misalnya meminum jus, buah-buahan dan sayuran lainnya, sebaliknya teh, kopi, susu, minuman berkarbonat, bercoklat mengandungi bahan yang dapat menghambat atau menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan atau minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum satu atau dua gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam.

Pengamal vegetarian pula, perlu mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Selain meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, perlu juga makan pil hematinik mengikut arahan doktor.




Maklumat penyakit anemia

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.

Untuk menentukan tahap anemia teruk atau tidak:

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia

< 6.9 - Sangat teruk

6.9 < 8.0 - Teruk

8.0 < 9.5 - Sederhana

9.5 -10.5 - Ringan




*ok... dah bacakan article pasal anemia?..hee... mesti korang tertanya-tanya sebab pe aku update macam nie kan?.. :) ada sebab sebenarnyew... tapi memang untuk pengetahuan kita bersama...ok... be honestly aku sakit anemia... hari tuh aku berada pada tahap sangat teruk iaitu 6.8Hb kot.. kalau aku tak silap...hee... aku tak ingat lah.... hari tuh aku kena transfer dari Klinik Kesihatan Nilai ke Hospital Seremban... time tuh pergi sensorang jew.... sedih lah rasa pe lagi... tak ada sapa yang teman.... pagi aku masuk hospital.... sampai sana aku kena masuk Zon Kuning..... *agak-agak lah,aku mana teruk pun time tuh* aku sempat ambil picture time dalam Zon Kuning....ahahaha....tradaaa!...ahahah --"







Nie lah picture nyew... Nampak tak dekat tiub tuh darah??...darah aku lah... sakit... :'( dah lah tangan aku nie kurus.... kena cucuk jarum yang besar... tahan jew lah... time tuh aku kena masuk air... then after doc check aku,aku kena tahan wad... haisyh.. dengan aku tak bawa apa-apa time tuh.. *takpe,aku buat-buat kuat,t petang boleh balik* hihihihihi... tuh lah aku wish time kena hantar masuk wad... tapi dalam hati sayu jew sebab aku wish dia ada bersama aku... tapi aku sedar takkan berlaku.... :') ok,abaikan....ahahaha --" sampai wad,semua pandang... *tak yah lah pandang macam tuh sekali* =,=  ok... aku terjumpa kawan lama aku time matrik.... nasib baik ada kawan... terhibur sikit hati aku...hee... tapi dia tak boleh teman aku sangat sebab dia tenga keje.... keje nurse.. :) *congrate kawan* ok... doc datang check! *bersemangat,kuatkan diri* macam-macam ditanyanyew...ok,nie serius nie,kena masuk darah.... *buat muka kesian* taknak lah doc...saya mohon saya tak nak masuk darah....dulu saya dah masuk darah...saya tak nak...tolong faham... ok..doc faham... *yah0oo!...fuhh* petang tuh aku dah boleh keluar...dapat ubat..kena makan... balik sensorang juga.... balik naik ktm,pergi tadi dengan ambulans.... badan aku lemah time tuh... aku kuatkan diri.... dalam aku sensorang air mata aku mengalir tetiba...ok *chill qila,hope aku tak pengsan* serius aku seharian tuh sedih+sayu hati aku sebab teringat dia...hmm.............lupakan.... sampai Nilai,paklang+maklang aku ambil sebab nak hantar aku balik Usim juga even aku berkeras kata tak perlu sebab aku tak nak susahkan dieorang.... pe lagi aku pun kuatkan diri depan dieorang... ramai yang tak tahu aku sakit nie...n aku masuk hospital... dah banyak kali aku kuar masuk klinik,ambil darah,kadang-kadang hospital... pada aku,papun yang terjadi dekat diri aku,biarkan aku tanggung sensorang.... sekian..............

#sapa yang baca pasal nie...please jangan beritahu sapa-sapa....rahsiakan....mohon faham..tq#
*smile~~~ ^_^

Thursday, January 17, 2013

Kisah Cinta ?..?

Views

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum…
Pertama kali, alhamdulillah aku ucapkan kehadrat Ilahi kerana masih beri aku untuk bernafas supaya tingkatkan lagi keimanan kepada-Nya…asif jiddan lia’nna aku tak wish tahun baru...aku tak sambut…tahun baru bagi aku adalah tahun Islam,iaitu tahun Maal Hijrah… J hee…jangan marah…nie aku nak share dengan korang satu puisi…tapi aku rasa macam tak best…boleh lah..hiwhiwhiw… :D aku jumpa dekat mana,aku dah lupa…ehee ><” selamat membaca… ^_^

Kisah Cinta….

Cinta tumbuh dari hati,
Cinta lahir karna sayang,
Sayang wujud dari suka,
Suka boleh jadi benci,
Benci boleh membunuh semua.

Hidup tanpa cinta akan terasa hampa,
Hampa boleh membuat semua menjadi hancur,
Hancur hati boleh mati,
Mati akhirnya gersang,
Gersang itu jiwa.

Cinta bagai air di laut,
Mengisi bumi yang kering kontang,
Tanpa air manusia mati,
Tanpa air manusia gersang,
Gersang bukan dahaga air tapi gersang cinta.

Manusia tak boleh happy tanpa cinta,
Manusia boleh semangat tanpa cinta,
Begitu lah kesah tentang cinta,
Cinta itu MEMBUNUH !


So, kesimpulannya….aku sendiri pun tak tahu…hihihi…takdelah…pada aku lah,sometime Cinta tuh membunuh…sometime juga Cinta tuh indah…tengok pasangan…hmm…tapi cinta sesama manusia sememangnya Membunuh…jika tak dapat @ tak jumpa pasangan yang baik+memahami+caring+hargai+…………….korang sambunglah..uhuk3x…setiap orang berbeza tanggapan bila bercakap pasal Cinta…korang pandai-pandai lah tafsirkan Cinta sebagai apa…tapi nie yang Penting! Sememangnya Cinta Allah itu lagi indah+tidak Membunuh…aku bagi 100% yakin+percaya korang takkan sedih @ kecewa...insyaAllah...nak tahu sebab apa?..sebab aku pun tengah merasai Cinta pada-Nya…hee ^^v peace….

#Renung-renungkan dan Selamat Beramal#