بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
TALASEMIA: Penyakit Genetik Yang Membawa
Maut
Talasemia
merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat
menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini
kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin
adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa
oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.
Bagaimana
Talasemia merebak? Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di
mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit
berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun
sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat
penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.
Terdapat
2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan
Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan
sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh
menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major
akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3-18 bulan.Antara gejala
tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas,
perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan
terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.
Rawatan
bagi pesakit Talasemia ini dikenali sebagai rawatan transfusi darah
sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan dalam seumur hidup pesakit Talasemia.
Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan
tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan
pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan
seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya.
Justeru itu, rawatan penyingkiran zat besi amat penting bagi pesakit Talasemia
major. Ia boleh diberikan secara suntikan. Pilihan lain adalah pembedahan
membuang limpa bergantung kepada situasi tertentu.
Walaubagaimanapun,
terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan
oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan.
Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang
mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. Langkah kedua, sekiranya anda
mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan
berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu
menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri
Talasemia atau tidak. Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri
Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya
dengan penghadiri kaunseling genetik . Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua
pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan
merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut. Sekiranya
kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak
mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan
50% kemungkinan anak mereka normal.
Kesedaran
orang ramai tentang Talasemia? Terdapat pelbagai kempen yang dijalankan untuk
memberikan informasi mengenai Talasemia kepada orang ramai. Namun, masih
terdapat ramai lagi termasuklah pelajar institusi pengajian tinggi yang kurang
pengetahuan tentang Talasemia. Dalam usaha memberi kesedaran kepada orang
ramai mengenai Talasemia ini, corak penyampaiannya perlulah lebih kreatif dalam
member informasi tentang Talasemia dan sekaligus menerangkan tentang
langhkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya serta seterusnya
dapat mencapai matlamat kempen.
Dalam
konteks ini, media elektronik seperti televisyen dan radio dilihat lebih sesuai
sebagai medium penyampaian kerana lebih dekat dengan masyarakat. Selain itu,
kempen-kempen mengenai Talasemia ini juga perlu diadakan dengan kerap di
sekolah-sekolah serta IPT seluruh Malaysia kerana rata-ratanya merupakan
pelajar yang belum lagi menginjak ke isntitusi perkahwinan dan masih sempat
untuk mengelakkan lahirnya anak yang menghidap Talasemia major.
Untuk
menjayakan kempen ini, pelbagai pihak termasuklah badan kerajaan atau pun NGO
perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen. Di samping
kempen-kempen untuk mencegah Talasemia, bantuan kepada pesakit Talasemia juga
perlu dihulurkan. Pesakit Talasemia memerlukan rawatan transfusi darah selama 1
hingga 2 bulan seumur hidup dan rawatan ini memerlukan kos yang tinggi. Satu
daripada 20 rakyat negara ini merupakan pembawa Talasemia dan daftar
Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira 4,385 pesakit Talasemia sedang
menjalani rawatan bulanan. Daripada angka ini, untuk mengharapkan Persatuan
Talasemia yang dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor sahaja unutk menghulurkan
bantuan kewangan, agak sukar kerana sumber dana adalah terhad. Sehubungan
dengan itu, bantuan kewangan daripada pelbagai pihak samada NGO, badan kerajaan
atau pun persendirian sangat digalakkan.
Di
samping bantuan kewangan, sokongan moral adalah yang paling diperlukan oleh
pesakit Talasemia. Setiap manusia mempunyai talian persaudaraan sesama kita dan
dengan sokongan moral yang diberikan, mereka akan berasa lebih bersemangat
untuk meneruskan kehidupan. Berdasarkan penerangan-penerangan di atas, semua
pihak perlu prihatin dalam mencegah Talasemia ini. Talasemia major merupakan
penyakit yang serius dan jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kematian kepada
kanak-kanak yang berumur antara satu hingga lapan tahun. Sanggupkah kita
melihat generasi yang bakal menerajui negara ini semakin berkurangan disebabkan
oleh kelalaian kita sendiri yang mangambil mudah dalam ujian penyaringan darah?
Oleh yang demikian, diharapkan kempen-kempen yang dijalankan dapat menyedarkan
mesyarakat tentang risiko Talasemia dan pesakit-pesakit yang menghidap
Talasemia dapat dibantu dengan sewajarnya agar dapat meneruskan kehidupan .
Cegah sebelum parah.
*Ok.. Sekarang sambungan cer entri yang baru-baru nie..hehehe Aku bukan nak korang tahu aku nie ada sakit ke pe tapi tujuan aku yang sebenarnya nak korang tahu Talasemia nie apa... Sebab semua orang kena tahu Talasemia nie sejenis penyakit yang macam mana... Aku harap info yang aku beri nie korang faham+bertindak... Maksud aku bertindak : pergi check dekat klinik... Korang kan tahu Talasemia nie ada tayang dekat tv... So,perfer korang check lah.... :) Doktor belum sahkan aku ada Talasemia sepenuhnya+berada di peringkat yang keberapa.... Sebab darah aku untuk Talasemia tak boleh baca.... *pelik jew rasa* --" Macam tuh lah doktor kata dekat aku... Aku tak terkejut sangat... Sebab aku dah tahu yang aku nie maybe ada Talasemia.... Aku sakit Anemia since aku sekolah menengah lagi until now... But sometime i'm ok,sometime not.... *semua orang tengok sihat jew kan?* Aku takkan biarkan orang tahu yang aku nie ada sakit+nampak aku nie sakit.... Bulan 3 nie aku ada appoinment dengan doktor lagi.... *sebenarnyew penat asyik pergi klinik jew taw* ~,~ hee Aku redha setiap kata doktor nanti.... *memang kena redha pun lah qila* ahahaha Dah lah, thats all....thank you... hiwhiwhiw ^_^
No comments:
Post a Comment