Friday, December 21, 2012

HIJRAH,PERMULAAN PENUH KEINSAFAN…

Views
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum….
Maaf lah dah lama tak updatekan blog..agak busy sedikit..dah nak final exam…tapi nie aku curi masa jap..hihihi…aku nak share dengan korang semua..that why lah aku sanggup updatekan blog nie jap….hiwhiwhiw..orang kata kalau kita dapat sesuatu ilmu even sedikit pun,lagi baik kita share…sama2x dapat tambah ilmu dan aku pun dapat tambah lagi ilmu,insyaAllah…. J
Hijrah….semua umat Islam sedia tahu,awal Muharam dah lepaskan…jadi apa korangnye azam baru?...hee >< pasti soalan nie korang dah jemu dengarkan n malas nak jawab,betul tak?... J jangan begitu…setiap orang kena ada azam untuk berhijrah lagi kearah kebaikan,insyaAllah… JOM HIJRAH! :D

Hijrah merupakan sebuah peristiwa yang saban tahun akan diulang-ulang sejarahnya supaya umat Islam sedar akan kepayahan untuk merintis sebuah permulaan bagi sebuah kerajaan Islam yang akhirnya disegani kawan dan lawan. Walaupun begitu,jarang sekali peristiwa ini dihayati intinya…
Ramai yang mampu memahami keperitan sebuah perjuangan,namun gagal mendalami hikmahnya. Dua sisi hikmah yang boleh kita ambil daripada peristiwa ini sebagai pelajar iaitu yang pertama adalah hamba dan betapa bergantungnya kita kepada Allah.
           
“Kemudian Tuhanmu(pelindung) bagi orang yang berhijrah setelah menderita cubaan, kemudian mereka berjihad dan bersabar, sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nahl:110)

Kita harus akur bahawa kudrat kita ini hanyalah pinjaman Allah semata-mata. Dia berhak untuk memaksa kita memulangkan barang pinjaman ini bila-bia masa sahaja. Mengakui diri kita lemah di hadapan Allah sebenarnya memberi kita kekuatan maksima berhadapan dengan manusia lain. Akurnya para sahabat kepada Allah dan KekasihNya, menjadikan mereka tegar mempertahan iman sehingga sanggup meninggalkan segala yang mereka miliki sebelum hijrah. Mereka digeruni semua yang menentang dan mereka mendapat pembelaan Allag atas kaum musyrikin.
Sisi kedua peristiwa agung ini membawa kita mengenali sebuah keimanan suci yang akhirnya menatijahkan sebuah kemenangan penuh berkah. Medan Badar menjadi saksi kemenangan hak ke atas kebatilan, walau di sana terdapat kekangan fizikal besar yang mampu menenggelamkan yang hak. Namun, Allah itu Maha Adil. Sesungguhnya Dia sangat mengetahui bahawa kemenangan saat itu adalah kemenangan iman atas kufur, terang atas gelita.
            “Sungguh, telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang berhadap-hadapan. Satu golongan berperang di jalan Allah dan yang lain(golongan) kafir yang melihat dengan mata kepala, bahawa mereka(golongan muslim) dua kali lipat mereka. Allah menguatkan dengan pertolongan-Nya bagi siapa yang Dia kehendaki. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan(mata hati).” (Ali-Imran:13)

Ingatlah, sesungguhnya setiap pekerjaan kita itu, ada yang menilainya, ada yang mengambl kira pointernya. Semoga apabila kita berjumpa di medan graduasi padang mahsyar, kita semua mempunyai pointer yang tinggi untuk ditunjukkan sebagai bukti kita telah melakukan yang terbaik sewaktu peperiksaan dunia. J

#Renung-renungkan dan Selamat Beramal#

No comments:

Post a Comment