Wednesday, February 6, 2013

Bersama orang yang tersayang (Part 1)

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum....
Hai korang...jumpa lagi...apa khabar iman korang?..semoga kita bersama-sama tingkatkan iman kepada-Nya...insyaAllah,amin...maaflah dah lama tak update entry baru....aku takde feel nak update....huhuhu :( sekarang nie...aku ada lah feel sikit nak update even sebenarnyew sebaliknyew...ok..abaikan...ahahaha :)
hidup kena happy...jangan biarkan perasaan menguasai diri n hati...ok..take a note yerp...hohoho *untuk ingatan aku juga* ^_^ aku nak story-melly nie dengan korang...hiwhiwhiw ><"
sepanjang aku bersama kawan-kawan aku dekat USIM...dah banyak memberi perubahan dalam diri aku...tapi aku sedar n tahu aku dah tak macam dulu lagi...even aku bersama dieorang,aku tetap tak macam qila yang dulu...maksud aku..aku dah kurang seceria+kecoh seperti dulu lagi....qila yang now banyak mendiamkan diri dari bercakap...ahahaha *pepe jew lah qila,asalkan ko hidup macam bese* hee ^^v peace~~  nak tengok tak kawan aku??...mestilah korang nak kan??...hiwhiwhiw...



tradaa!!!...hihihi...cantik tak picture nie?..pic nie kawan aku yang edit...
namanyew Farhana Izzaty... :) nie semua kawan sekelas aku... BSD 3...

aku happy dapat bertemu dengan dieorang...satu kelas dengan dieorang... *touching* :')  seriously,aku tak tipu...dieorang banyak memberi impak yang baik dalam hidup aku...setiap detik memories akan tercipta bersama dieorang untuk aku ingat+hargai....aku sayang dieorang sangat-sangat....dalam diam aku mengenali setiap orang....kelakar dieorang sebenarnyew...hihihi.... :'D lebih-lebih lagi kalau lepak+kuar sama-sama....lagi seronok...have fun..setiap memories yang tercipta akan aku sematkan dalam ingatan aku untuk aku ingat+hargai sampai bila-bila...kerana bersama dieorang semua amat bermakna pada aku....tanpa dieorang maybe aku takkan senyum kembali... :') alhamdulillah ya Allah kerana kurniakan mereka,kawan-kawan yang sentiasa buat aku tenang+senyum bersama mereka....dan selalu ingatkan aku kepada-Mu...terima kasih ya Allah... ^_^ *ok...jangan meleleh* hiwhiwhiw ><" 
korang...jujur aku cakap...aku hargai+bersyukur kerana dapat mengenali korang semua...aku tak pernah menyesal dapat satu kelas dengan korang...aku sayang korang sangat-sangat....maafkan aku jika selama nie aku jadi penolong kelas yang kurang teratur+bertanggungjawab.... *sediakan tisu* :') andai lepas nie aku tetiba senyap n lagi mendiamkan diri..korang jangan marah ea....kerana aku nak tengok korang happy+tersenyum tanpa aku suatu hari nanti...aku just nak tambahkan lagi memories bersama korang untuk aku ingat.....korang ingat nie k...pepun yang terjadi...korang tetap kawan aku dunia n akhirat...aku tetap sayang korang... *tahan qila,tahan qila,don't cry* ^^" korang jaga diri baik-baik k...aku doakan yang terbaik untuk korang.... :') 
ahahaha...lawakkan...entah pepe jew lah qila oi...hee ><" *ok,aku dah merepek* oklah...sampai di sini dulu....kang aku merepek lagi...hiwhiwhiw ^_^  copps!!! ada sorang lagi...ketua kelas aku...hee...dia jew laki dalam kelas aku...dia baik...hihihi...korang nak tgk picture dia kew?...jap ea.. :3 


Yang tengah2x tuh lah...hihihi...namanyew Nasrallah... :)

ok lah...tuh jew....tak leh lebih2x...hee ><"
To be continue.....



Wednesday, January 23, 2013

Talasemia doctor?!

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
TALASEMIA: Penyakit Genetik Yang Membawa Maut
Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.
Bagaimana Talasemia merebak?  Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.
Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak  dari umur 3-18 bulan.Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.
Rawatan bagi pesakit Talasemia ini dikenali sebagai rawatan transfusi darah  sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan  dalam seumur hidup pesakit Talasemia. Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.  Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. Justeru itu, rawatan penyingkiran zat besi amat penting bagi pesakit Talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa bergantung kepada situasi tertentu.
Walaubagaimanapun, terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan. Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. Langkah kedua, sekiranya anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak. Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan penghadiri kaunseling genetik . Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut.  Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal.
Kesedaran orang ramai tentang Talasemia? Terdapat pelbagai kempen yang dijalankan untuk memberikan informasi mengenai Talasemia kepada orang ramai. Namun, masih terdapat ramai lagi termasuklah pelajar institusi pengajian tinggi yang kurang pengetahuan tentang Talasemia.  Dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai Talasemia ini, corak penyampaiannya perlulah lebih kreatif dalam member informasi tentang Talasemia dan sekaligus menerangkan tentang langhkah-langkah yang perlu  diambil untuk mengatasinya serta seterusnya dapat mencapai matlamat kempen.
Dalam konteks ini, media elektronik seperti televisyen dan radio dilihat lebih sesuai sebagai medium penyampaian kerana lebih dekat dengan masyarakat. Selain itu, kempen-kempen mengenai Talasemia ini juga perlu diadakan dengan kerap di sekolah-sekolah serta IPT seluruh Malaysia kerana rata-ratanya merupakan pelajar yang belum lagi menginjak ke isntitusi perkahwinan dan masih sempat untuk mengelakkan lahirnya anak yang menghidap Talasemia major.
Untuk menjayakan kempen ini, pelbagai pihak termasuklah badan kerajaan atau pun NGO perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen. Di samping kempen-kempen untuk mencegah Talasemia, bantuan kepada pesakit Talasemia juga perlu dihulurkan. Pesakit Talasemia memerlukan rawatan transfusi darah selama 1 hingga 2 bulan seumur hidup dan rawatan ini memerlukan kos yang tinggi. Satu daripada 20 rakyat negara ini merupakan pembawa Talasemia dan daftar Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira 4,385 pesakit Talasemia sedang menjalani rawatan bulanan. Daripada angka ini, untuk mengharapkan Persatuan Talasemia yang dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor sahaja unutk menghulurkan bantuan kewangan, agak sukar kerana sumber dana adalah terhad. Sehubungan dengan itu, bantuan kewangan daripada pelbagai pihak samada NGO, badan kerajaan atau pun persendirian sangat digalakkan.
Di samping bantuan kewangan, sokongan moral adalah yang paling diperlukan oleh pesakit Talasemia. Setiap manusia mempunyai talian persaudaraan sesama kita dan dengan sokongan moral yang diberikan, mereka akan berasa lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Berdasarkan penerangan-penerangan di atas, semua pihak perlu prihatin dalam mencegah Talasemia ini. Talasemia major merupakan penyakit yang serius dan jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak yang berumur antara satu hingga lapan tahun. Sanggupkah kita melihat generasi yang bakal menerajui negara ini semakin berkurangan disebabkan oleh kelalaian kita sendiri yang mangambil mudah dalam ujian penyaringan darah? Oleh yang demikian, diharapkan kempen-kempen yang dijalankan dapat menyedarkan mesyarakat tentang risiko Talasemia dan pesakit-pesakit yang menghidap Talasemia dapat dibantu dengan sewajarnya agar dapat meneruskan kehidupan . Cegah sebelum parah.

*Ok.. Sekarang sambungan cer entri yang baru-baru nie..hehehe Aku bukan nak korang tahu aku nie ada sakit ke pe tapi tujuan aku yang sebenarnya nak korang tahu Talasemia nie apa... Sebab semua orang kena tahu Talasemia nie sejenis penyakit yang macam mana... Aku harap info yang aku beri nie korang faham+bertindak... Maksud aku bertindak : pergi check dekat klinik... Korang kan tahu Talasemia nie ada tayang dekat tv... So,perfer korang check lah.... :) Doktor belum sahkan aku ada Talasemia sepenuhnya+berada di peringkat yang keberapa.... Sebab darah aku untuk Talasemia tak boleh baca.... *pelik jew rasa* --" Macam tuh lah doktor kata dekat aku... Aku tak terkejut sangat... Sebab aku dah tahu yang aku nie maybe ada Talasemia.... Aku sakit Anemia since aku sekolah menengah lagi until now... But sometime i'm ok,sometime not.... *semua orang tengok sihat jew kan?* Aku takkan biarkan orang tahu yang aku nie ada sakit+nampak aku nie sakit.... Bulan 3 nie aku ada appoinment dengan doktor lagi.... *sebenarnyew penat asyik pergi klinik jew taw* ~,~ hee Aku redha setiap kata doktor nanti.... *memang kena redha pun lah qila* ahahaha Dah lah, thats all....thank you... hiwhiwhiw ^_^

Saturday, January 19, 2013

What?! Anemia??

Views

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...


Anemia atau lebih dikenali masyarakat sebagai penyakit kurang darah, lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan.

Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran.

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.

Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu (mg) lagi.

Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum.

Faktor lain yang menyebabkan wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan. Dengan alasan takut gemuk, ada segelintir wanita atau remaja mengamalkan diet secara drastik. Golongan ini cenderung makan dalam jumlah yang kurang dan tidak mahu mengambil daging. Tanpa disedari, diet seumpama itu yang belum tentu membuatkan berat badan turun, boleh menyebabkan kurangnya pengambilan zat besi dari makanan.

Umumnya, setiap wanita ataupun remaja perempuan yang mengalami anemia, tidak akan sama antara satu dengan orang lain sebab berdasarkan jenis anemia dialami. Tetapi anemia boleh dikesan apabila ada tanda seperti pucat terutama di bibir dan kelopak mata, sering lesu dan mengantuk, mudah berdebar-debar, bentuk kuku berubah, rambut mudah gugur atau putus serta kerap pening atau pitam.

Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya.

Selain itu, perdarahan saat melahirkan juga dapat menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak lagi zat besi. Dengan alasan itulah, setiap ibu hamil disarankan mengambil zat besi tambahan.

Anemia boleh dicegah dengan mengambil kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi. Beberapa makanan seperti hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dalam kadar cukup tinggi.

Zat besi dalam jumlah sederhana pula boleh diperoleh daripada daging, ikan, sayuran berwarna hijau seperti pegaga, pucuk paku, bayam, kailan dan bijirin.

Sumber zat besi daripada haiwan akan diserap lebih baik oleh tubuh daripada yang berasal daripada tumbuhtumbuhan. Bagi mengatasi masalah anemia, sebaik-baiknya perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Penyerapan zat besi dapat dibantu dengan mengambil vitamin C, misalnya meminum jus, buah-buahan dan sayuran lainnya, sebaliknya teh, kopi, susu, minuman berkarbonat, bercoklat mengandungi bahan yang dapat menghambat atau menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan atau minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum satu atau dua gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam.

Pengamal vegetarian pula, perlu mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Selain meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, perlu juga makan pil hematinik mengikut arahan doktor.




Maklumat penyakit anemia

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.

Untuk menentukan tahap anemia teruk atau tidak:

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia

< 6.9 - Sangat teruk

6.9 < 8.0 - Teruk

8.0 < 9.5 - Sederhana

9.5 -10.5 - Ringan




*ok... dah bacakan article pasal anemia?..hee... mesti korang tertanya-tanya sebab pe aku update macam nie kan?.. :) ada sebab sebenarnyew... tapi memang untuk pengetahuan kita bersama...ok... be honestly aku sakit anemia... hari tuh aku berada pada tahap sangat teruk iaitu 6.8Hb kot.. kalau aku tak silap...hee... aku tak ingat lah.... hari tuh aku kena transfer dari Klinik Kesihatan Nilai ke Hospital Seremban... time tuh pergi sensorang jew.... sedih lah rasa pe lagi... tak ada sapa yang teman.... pagi aku masuk hospital.... sampai sana aku kena masuk Zon Kuning..... *agak-agak lah,aku mana teruk pun time tuh* aku sempat ambil picture time dalam Zon Kuning....ahahaha....tradaaa!...ahahah --"







Nie lah picture nyew... Nampak tak dekat tiub tuh darah??...darah aku lah... sakit... :'( dah lah tangan aku nie kurus.... kena cucuk jarum yang besar... tahan jew lah... time tuh aku kena masuk air... then after doc check aku,aku kena tahan wad... haisyh.. dengan aku tak bawa apa-apa time tuh.. *takpe,aku buat-buat kuat,t petang boleh balik* hihihihihi... tuh lah aku wish time kena hantar masuk wad... tapi dalam hati sayu jew sebab aku wish dia ada bersama aku... tapi aku sedar takkan berlaku.... :') ok,abaikan....ahahaha --" sampai wad,semua pandang... *tak yah lah pandang macam tuh sekali* =,=  ok... aku terjumpa kawan lama aku time matrik.... nasib baik ada kawan... terhibur sikit hati aku...hee... tapi dia tak boleh teman aku sangat sebab dia tenga keje.... keje nurse.. :) *congrate kawan* ok... doc datang check! *bersemangat,kuatkan diri* macam-macam ditanyanyew...ok,nie serius nie,kena masuk darah.... *buat muka kesian* taknak lah doc...saya mohon saya tak nak masuk darah....dulu saya dah masuk darah...saya tak nak...tolong faham... ok..doc faham... *yah0oo!...fuhh* petang tuh aku dah boleh keluar...dapat ubat..kena makan... balik sensorang juga.... balik naik ktm,pergi tadi dengan ambulans.... badan aku lemah time tuh... aku kuatkan diri.... dalam aku sensorang air mata aku mengalir tetiba...ok *chill qila,hope aku tak pengsan* serius aku seharian tuh sedih+sayu hati aku sebab teringat dia...hmm.............lupakan.... sampai Nilai,paklang+maklang aku ambil sebab nak hantar aku balik Usim juga even aku berkeras kata tak perlu sebab aku tak nak susahkan dieorang.... pe lagi aku pun kuatkan diri depan dieorang... ramai yang tak tahu aku sakit nie...n aku masuk hospital... dah banyak kali aku kuar masuk klinik,ambil darah,kadang-kadang hospital... pada aku,papun yang terjadi dekat diri aku,biarkan aku tanggung sensorang.... sekian..............

#sapa yang baca pasal nie...please jangan beritahu sapa-sapa....rahsiakan....mohon faham..tq#
*smile~~~ ^_^